Syukur


Malam pergi klinik Azhar untuk dapat kan rawatan. taktau nape kebelakangan ni asyik sakit dada ajer rasa ruang utk bernafas kecik sgat sempit ajer. Adeh..tp syukur sbb semuanya ok setelah dibuat scan jantung dan paru-paru ok takde masalah.
Lega sgat2 sbb risau jugak mana lah tau kan ...kan...kan....pape pun thanz for my hubby yg bawak dan teman masa kat klinik td takut gak mcm2 wayar dia letak kat badan. Berdebar2 rasa.
Tp akhirnya sumanya ok
Alhamdulillah.....

Bukit Mertajam



Balik kerja hubby ajak g Png..best nih mmg niat nak cr kasut, sekali hubby ajak g Png pucuk dicita ulam mendatang....Memula plan nak p Jusco kat bandar Perda. Punya le besar, sekali masuk dlm adoihai tak byk benda pun jenuh nak jalan je sampai letih kaki. Ain anak bongsu ku mula dah merungut dia ckp mcmni baik shoping kat TS(Taiping centre) ajer. harap je besar apa pun tarak. hehehe.. Sbb dah penat berjalan perut lapo lah pulak haikal ajak makan mcD, pastu hubby ajak pegi sunway carnival, ha cni baru ok ade Parkson syok ckit nak cuci mata. Akhir dapat jugak apa yang dihajatkan. Hubby ajak makan nasi ikan bawal goreng kat Bandar Perda lah pulak adeh sekali lagi p bandar perda. Aku tak makan tgk ajer sbb dah jji nak p jumpa liza sepupu yang dah lama tak jumpa dia bukak warung char koteow di Bukit Mertajam. nasib senang ajer cr akhirnya berjumpa juga. Rindunya kat liza lama betoi tak jumpa ngan liza ni...dah tak melayang dah hehehe dah berisi. Bukan apa zaman sek dia lebih dikenali sebagai liza layang sebab kurus dan jalan melayang-layang.

Kenduri Salmah

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI SALMAH

Selamat Pengantin Baru buat Siti Salmah Abd Rahman yang melansungkan perkahwinannya pada 1 May 2011 sempena hari pekerja. Yang best nya time kenduri ni dapat jugak jumpa dengan kawan-kawan sek yang dah lama tak jumpa.......rindu gile. Suma dah berubah maklumlah dah berusia dan berkejaya. Ade yang dah berkeluarga dan ada jugak yg masih duk single mingle. Harap pasni bole lah jumpa lagi kawan2 tp tak kan nak harap rumah kenduri je kan...jom kita wat gath nak tak??? pape pun best jumpa korang suma......