Kesunyian.....Kesepian


Tiba-tiba rasa ingin menulis tentang kesunyian malam ini. Aduh layan perasaan lah pulak....sunyi, sepi, keseorangan semuanya memberikan maksud yang lebih kurang sama. Semuanya hanyalah mainan perasaan yang membuat seseorang menjadi lemah. Bila rasa kesepian, mulalah satu persatu kenangan datang menjelma diruang fikiranku. Bila kesunyian menjelma mula lah rasa terpinggir dan tersisih. Sebagai insan biasa perasaan sunyi dan sepi ini memang tak dapat nak dipisahkan. Kadangkala kesepian dan kesunyian ini mengajar kita menjadi lebih tabah dan juga boleh membuatkan perasan kita menjadi lemah dan kacau hehehe ini semua bergantung kepada cara kita mengawal dan mengendalikan perasaan itu.

Bila sunyi bertandang ade rindu yang berputik. Bila diterpa sepi ada resah yang datang.Kadang-kadang kesepian dan kesunyian ini amat merimaskan aku. Di kala ku kesunyian akan ku pergi melihat matahari yg hampir jatuh tenang dan amat mendamaikan. Perasaan sunyi dan sepi ini benar-benar membuatkan hati ku terganggu. Entahlah, sukar untuk dimengertikan mengapa aku harus berasa sunyi dan sepi walau pun ade kawan atau teman anak2 disekeliling. Adess mungkin semuanya harus kembali kepada mulanya iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi mungkin juga kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi mungkin kerana tidak mendekatkan diri padaNya..Hanya blog ini sahaja yang sudi menemaniku dikala aku amat memerlukan seseorg utk meluahkan rasa hati


Melepaskanmu Kerana Terpaksa

Tak dapat ku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke pengujungnya

Tergamak engkau meninggalkan diriku
Disaat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai

Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan

Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan

Oh pilunya

Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan
Agar ku berlalu pergi
Untuk sidia pilihan hatimu

Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
ku doakan agar engkau bahagia

Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia

Tension


Tension.....
aduh tension betul ngan kerja-kerja kat tempat kerja. Rasanya mcm dah tak larat nak keje kat cni melayan kerenah pemilik-pemilik rumah disini atau lebih dikenali sebagai "owner". Ade je benda depa nak komplen ade yg baik ok lah, ade yg cerewat leh kasi pecah gua nyer kepala lah nak menjwb menepis suma komplen yg duk mai. Tak cukup dengan kerenah si owner2 kat cni ditambah pulak dengan kerenah budak2 kerja.Ingat jaga budak2 kecik ajer ssh ni nak jaga org tua lagi ssh.....lg payah nak paham bahasa.Alkisahnya aku dah TERtangkap budak2 keje melepak dan buat kerja yg bukan kerja depa besalah sure aku kene wat report. sekali ade lak yg mai jumpa dan sound aku ades..mmg panas ahh kene sound. Dia melepak bos marah, kita lak dia sound ni dah lebih kan....besa lah aku ni mmg tak suka bising2 lebih suka diam dr bergaduh...tp kepala sakit lah pulak. Ditambah pulak dengan tak de sapa nak kongsi kebengangan aku ni maka tesurat lah didlm blog ni. Kadang rasa sunyi tak de kwn, kadang2 rasa nak bersndiri......hehehe dah berat dah kes aku ni..ni mmg dah tension tahap gaban dah ni.

Sabtu

Hari ni hari sabtu. Lama tak menaip dlm blog ni bukan apa tp tak tau nak taip dan citer apa lam ni walau pun ade citer dan perkara yang berlaku hari2. Ari ni mcm biasa keje half day tp memandang kan my bos p bercuti maka kerja lah sampei petang. Minggu depa dah ok sbb dah dpt pembantu ringan cikit beban kerja selama ni akhirnya...........
Sebab blk awal rini maka p lah salon nak cuci rambut. Hampes masuk rini dah 3 hari p cina salon tu bz bengang toi, ade ke patut dia kata ari len leh tak bz lah rini ade org wat rebonding. Sat g org len mai susah nak cuci rambut awak lg. isk sabar ajer. Last dengan senyuman yg paling manis aku blah dr salon dia. Terus p try salon baru kan kg aku. nasib best hehehe. tp lembab lak wat kija terkedek2 terhegeh2 maklumlah kedai baru melayu lak kan. Pastu terus p Bagan ngan ina hajat dihati nak minum2 ajer sambil sembang tp lapo nyer pasal kitaorg makan2. Nak dijadikan citer tgh mkn terjumpa lak member dia skrg dah jd stokis Herbalife awwww i like. Lepas makan apa lg terus ahh g kedai dia sebelah kedai yg kitaorg makan tu. Kitaorang buat suma prosuder dan dia citerlah cara2 nak mendapatkan produk tu mahal lah pulak tp akan cuba utk mendapatkan juga produk tu..harap leh slim hehehe

Selamat Hari Bapa

Dambaan



Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa


Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini


Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa


Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri


Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta


Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa


Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri


Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki


Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya


Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki


Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Kejadian


Kejadian yang tak diduga telah terjdi subuh tadi. Tengah baik nyer duk lena tiba2 haikal pangei ckp lampu duk klip2 terkejut terus bangun ade org duk menjerit mintak tolong. Sekali tgk rumah jiran sebelah dah terbakar hangus. Adeh jam 3 pg tgh2 duk mamai2 kelam kabut kol bomba, sekali bomba sampai punyalah lambat dah lah lambat bwk keta bomba yang kecik. Bila tanya alasan dia keta bomba yang besar rosak anta Ipoh. Bukan tu ajer depa duk tercari-cari paip bomba lak adeh..nak sedut air dr mana. Sementara duk kalut2 cr air rumah tu pun dah hangus sabar jelah kan, nak wat apa lagi. Tapi nasib lak ujan turun lebat selebat-lebatnya kalau tak, tak tau lah mana depa nak cr air. TNB pun datang sebab takut wayar letrik bahaya kene air ujan. Syukur semuanya selesai jam 5 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan hehe........

Syukur


Malam pergi klinik Azhar untuk dapat kan rawatan. taktau nape kebelakangan ni asyik sakit dada ajer rasa ruang utk bernafas kecik sgat sempit ajer. Adeh..tp syukur sbb semuanya ok setelah dibuat scan jantung dan paru-paru ok takde masalah.
Lega sgat2 sbb risau jugak mana lah tau kan ...kan...kan....pape pun thanz for my hubby yg bawak dan teman masa kat klinik td takut gak mcm2 wayar dia letak kat badan. Berdebar2 rasa.
Tp akhirnya sumanya ok
Alhamdulillah.....

Bukit Mertajam



Balik kerja hubby ajak g Png..best nih mmg niat nak cr kasut, sekali hubby ajak g Png pucuk dicita ulam mendatang....Memula plan nak p Jusco kat bandar Perda. Punya le besar, sekali masuk dlm adoihai tak byk benda pun jenuh nak jalan je sampai letih kaki. Ain anak bongsu ku mula dah merungut dia ckp mcmni baik shoping kat TS(Taiping centre) ajer. harap je besar apa pun tarak. hehehe.. Sbb dah penat berjalan perut lapo lah pulak haikal ajak makan mcD, pastu hubby ajak pegi sunway carnival, ha cni baru ok ade Parkson syok ckit nak cuci mata. Akhir dapat jugak apa yang dihajatkan. Hubby ajak makan nasi ikan bawal goreng kat Bandar Perda lah pulak adeh sekali lagi p bandar perda. Aku tak makan tgk ajer sbb dah jji nak p jumpa liza sepupu yang dah lama tak jumpa dia bukak warung char koteow di Bukit Mertajam. nasib senang ajer cr akhirnya berjumpa juga. Rindunya kat liza lama betoi tak jumpa ngan liza ni...dah tak melayang dah hehehe dah berisi. Bukan apa zaman sek dia lebih dikenali sebagai liza layang sebab kurus dan jalan melayang-layang.

Kenduri Salmah

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI SALMAH

Selamat Pengantin Baru buat Siti Salmah Abd Rahman yang melansungkan perkahwinannya pada 1 May 2011 sempena hari pekerja. Yang best nya time kenduri ni dapat jugak jumpa dengan kawan-kawan sek yang dah lama tak jumpa.......rindu gile. Suma dah berubah maklumlah dah berusia dan berkejaya. Ade yang dah berkeluarga dan ada jugak yg masih duk single mingle. Harap pasni bole lah jumpa lagi kawan2 tp tak kan nak harap rumah kenduri je kan...jom kita wat gath nak tak??? pape pun best jumpa korang suma......

Erti Cinta

Sering kita dengar dan tahu (malah ada yang pernah merasainya) tentang perpisahan. Perpisahan mungkin menyakitkan tapi seperti yang saya telah katakan “BERSABARLAH”..Saya akan cuba rungkaikan tajuk “perpisahan” semampu mungkin..

Erti Cinta~Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?



Perpisahan memang menyakitkan. Ayat di atas dimaksudkan ketika berlakunya perpisahan di antara pasangan “kekasih” (benarkah?). Tidak kiralah zaman sekolah kah, zaman universiti kah atau di zaman mana-mana sahaja jika kita perhatikan sering berlaku “cinta monyet” yang menyebabkan berlakunya putus asa ke atas seseorang yang di minta putus. Samada sedih atau tidak pasti salah seorang akan terseksa “jiwa dan raga”. Sehingga ada yang kata “Aku tidak boleh lupakan dia” malah ada yang berkata “Aku tidak boleh hidup tanpa dia”.

Seperti nukilan dan garapan bab sebelum ini, ternyata ramai yang hilang kesabaran dan lupa tentang diri bila berlaku perpisahan. Bagi yang meminta putus pula persoalan sering timbul di ruang hati apakah niat sebenar belakunya perpisahan. Adakah kerana timbul kesedaran untuk tidak bercinta sebelum berkahwin, ingin menganiaya, tiada rasa cinta, kecewa dengan sikap si dia dll.

Walau apa jua alasan dan sebab, perpisahan pasti akan berlaku sebenarnya. Bukankah telah dinyatakan oleh firman ALLAH bahawa setiap manusia akan mati. Jadi sebelum memulakan hubungan fikirlah panjang dan sebenar-benar kerana ALLAH adakah kita mampu menghadapi perpisahan samada sementara atau selama-lamanya. Sememangnya sebagai insan yang beriman jangan lah kita terlalu mengharap cinta manusia (terutamanya sebelum bernikah-cukuplah berkenal-kenalan atau taaruf dengan cara sebenar) kerana CINTA manusia tidak kan kekal, hanya CINTA ALLAH akan kekal selama-lamanya.

Fiman Allah subhanallahu Taala

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Al Anbia’ 35

Harapkan dan berusahalah diserapkan sematkan dalam hati sanubari kita bahawa CINTA ALLAH lah yang terutama bagi diriku. Itulah yang sebenar-benarnya untuk selama-lamanya.

Mengapa berlaku kata-kata yang dimaksudkan tadi “Aku tidak boleh lupakan dia”? Jawapan: Ia berlaku kerana terlalu mengharapkan pada si dia dan cinta dipenuhi dengan cinta si dia bukan CINTA yang benar-benar satu iaitu ALLAH. Bila ini berlaku ramai yang terlupa dan leka untuk kembali kepada diriNya.

Fenomena ini menjadi satu realiti pada masa kini. Lihatlah betapa ramai yang tersesat dan tersimpang jauh dari landasan sebenar iaitu landasan syariah. Malah kita lihat berlakunya kes bunuh diri kerana putus cinta. Astaghfirullah hal azim. Janganlah kita merasa putus asa sehinggakan mengikut telunjuk syaitan tanpa memikirkan rahmat dari ALLAH. Semaikanlah kekuatan dalam dirimu dengan mengingati ALLAH. “Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang”.

Fiman Allah subhanallahu Taala

…..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87

Sekali lagi, doakanlah kekuatan untuk diri kita sendiri untuk sentiasa bersama rahmat ALLAH dan petunjukNYa. Selalulah mengucap syukur terhadap apa yang berlaku kepada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Carilah hikmah itu sehingga menjumpainya. InsyaAllah kita akan merasa sangat-sangat bersyukur. Thank You ALLAH. Banyak lagi rahsia ALLAH yang kita tidak tahu di muka bumi ini. Kesyukuran yang dipanjatkan pasti disenangi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNYA yang taat lagi bersyukur.

Fiman Allah subhanallahu Taala

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).AnNisa’147

Sedarilah, kamu pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia. Pasti tersembunyi perasaan untuk mendapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita. InsyaAllah, selamilah hati anda disertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH. Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan. Pasti ada seseorang untuk di jadikan teman hidup. Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman. Sedangkan Adam alaihis salam juga kesunyian dan perlukan seorang teman. Lalu di ambil lambung rusuk kiri nya untuk di jadikan pasangan hidupnya iaitu Hawa.

Cintailah sebenar-benarnya sepenuhnya suami mu atau isterimu,sahabat2mu dan kedua ibubapamu..pimpinlah mereka ke syurga bersama-samamu, Lunaskanlah tanggungjawab dalam hidup berumahtangga,Lunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak,seorang sahabat... Tetapi tetaplah hati mu pada yang SATU iaitu ALLAH subhanallahu Taala. Itulah hak yang sebenarnya. Ketaatan dan ingatanmu di mulakan dengan ingatan niat kerana ALLAH.

Beginilah, definisi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula. Bila di amati, setiap insan pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal. Sudah pati ia tidak dapat di elak dan di tangguh. Persoalan: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama-lamanya? Jawapan: Tepuk dada tanya IMAN. Pastikan kamu bersedia. Bagi yang hidup teruskanlah hidupmu dengan mencari keredhaan kepada ALLAH.

Jangan kerana berpisah dengan manusia yang kita sayang sehinggakan kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH. ALLAH lebih berhak untuk diingati dan menangislah keranaNYA dan jangan lupakan ALLAH.

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Akhirnya


Akhirnya......
Penat gile nak wat blog bg cun maklumlah saya budak baru belajar, tp dengan semangat usaha tangga kejayaan akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan blog yang tak berapa nak cun lg...mcm budak sek rendah lak kan hahaha...........apa-apalah janji aku bahagia dan tak kaco org dengan keje-keje yang aku wat kan......yang penting tak menyusahkan org

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru Buat Che Maznah Yusof
semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..
16 april 2011
di Kompleks Rakan Muda Kamunting Perak
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman, mengapa mengharapkan teman setampan Yusof , Jika tidak setulus zulaikha...Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahimandai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa mendambakan teman sebaik Siti Khadijah jikalau diri tak sesempurna Rasullullah S.A.W

Bimbinglah dia dan terima kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan padanya serta bersyukurlah kerana dipertemukan dan berdoalah agar dia akan menjadi milikmu
selamanya.......

Teman

Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini
bukan hanya untuk ketawa
ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata
ada masa kita perlu seorang teman agar kita tak kesunyian dan
ada masa kita kesunyian membuatkan kita tidak
akan pernah lupa bertapa bernilainya
seorang TEMAN...............