Lumrah manusia........

Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang ikhlas suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak kejinjang pelamin pengakhirannya????kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas kenapa ada yang ternoda kerananya.................
Itulah lumrah cinta manusia dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia........

Wanita Masih Mampu Tersenyum.............


Wanita itu tersenyum
Walau jiwanya tersiksa
Kerana peristiwa itu
Walaupun hatinya luka berdarah
Dan bernanah
Namun dia redha akan ketetapan ilahi
Kerana manusia hanya mampu merancang
Sedangkan Allah penentu segalanya
Wanita itu masih lagi tersenyum
Biarpun luka dihatinya masih berdarah
Ingin diri ini membalut luka dihatinya
Namun masihkah ada ruang dihatinya
Kerana ku tahu
Amat sukar baginya untuk melupakan peristiwa itu
Aku hanya mampu berharap
Akan ada ruang untukku dihatinya
Walau hanya sekelumit
Walau hanya sebesar zarah
Kerana telah aku jadikan dirinya
Pemilik singgahsana
Didalam hati ini

HanYa KeRna Aku TeRLaLu SAYANG.........

Hanya kerana aku terlalu sayang…….

Aku terus disini rela menantimu dan berharap agar kamu kembali memangil aku ‘sayang’ seperti waktu dulu2 walaupun aku tahu itu suma mustahil....


Berkali-kali aku cuba yakinkan diri bahawa apa yang aku dgr dr mulutmu adalah satu pembohongan.....walaupun kau telah menyatakan bahawa kau sudah tidak memerlukan aku lagi dalam hidupmu..

Aku masih yakin yang kau masih menyayangiku....walau jauh disudut hatiku aku tahu yg kau tak mungkin akan kembali....

Aku terus merinduimu...setiap kali telifon berdering aku harap itu adalah pangilan darimu...aku terlalu rindu kata-kata manismu..dan sms syg darimu.......namun telifon itu terus sahaja kaku disitu.....

Aku telah melenyapkan segala ego ku. Aku sanggup merendahkan maruahku untuk merayu kamu kembali kepadaku seperti seperti rayu seorang anak yang kehilangan ibu....walaupun aku tahu perkara itu buat aku nampak begitu bodoh dimatamu..tp semua itu aku lakukan kerana kamu SAYANG.......

Aku rela dikutuk oleh rakan kerana mereka menganggap aku terlalu lemah dan bodoh kerana terus mengharapkanmu yang langsung tidak tahu menghargai cinta suciku.....namun aku tak peduli semua tu..

Haruskah aku derita kerana terlalu menyayangimu
Haruskah aku terluka kerana terlalu menyayangimu
Haruskah aku dihina kerana terlalu menyayangimu

Aku redha kerana itu jalan yg aku pilih....Ya Allah seandainya rasa cinta yang terlalu terhadapnya adalah satu dosa kau ampunilah aku Ya Allah...Kerana aku tak mampu membuang perasaan itu terhadapnya....Ya Allah aku terlalu SAYANGkan dia....................

MungkinKah

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan org yg salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pembeian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang akan anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memamg benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorng, satu jam untuk menyukai seseorg, satu hari untuk mencintai seseorg tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorg.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorg sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorg. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan org lain juga.

Kebahagian seseorg manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang dtg di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagian terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yg telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan anda menangis dan org di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yg akan tersenyum dan org sekeliling anda pula yang menangis.

SeHaRi D KuALa SePeTanG

Gambar Kawasan Kilang Kayu arang

Tempat terhasilnya kayu arang

















Ari ni aku pegi Kuala Sepetang di Taiping Perak. Harap jer dekat tp aku baru 2 kali pergi Kuala Sepetang tu. Ari tu pegi nak makan mee udang ler. Kali ni pun aku pergi nak makan mee udang..he..he..he.....Tp mahai giler adeh..........mentang2 dah glamer warung makcik tu masuk majalah 3, org punya le ramai sampai tak de tempat duduk. Dulu masa aku makan sepinggan baru rm5 udang punya ler banyak sampai tak nampak mee. Tp sekarng dah mahai lak ler sepinggan rm 12 adeh.........tp ok ler udang banyak dan udang laut bukan bela.Sedap arr dapat makan udang banyak2. Lepas dah isi perut ngan mee udang yg tak berapa nak sedap gagah udang jer banyak. he...he...he Aku singgah sekejap kat tempat pembuatan kayu arang. Huh mcm tu wat kayu arang, byk giler. Sapa ler nak guna kayu arang bayk2 tu.. Lepas tu aku pergi lak kat Kompleks Sejarah Matang. Kompleks ni kira mcm muzium ler gak. Mula2 masuk tekejut gak ler aku tgk dalam dia. Aku pun harap jer dekat tp first time gak mai melawat muzium ni. Dalam muzium ni byk patung2 orang zaman dulu kala duk ada. Mana tak terkejut. Pusing2 belakang tgk org rambut panjang. ha....ha...ha..kalau lemah jantung leh pengsan aku..........

KaLauLaH

"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperolehi apa yang memberi manfaat hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata:"kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katakanlah: "Allah SWT telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaanNYA ia lakukan kerana perkataan "KALAU" itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (H.R Muslim)

MaLaM Yg SUnYi

Dikediginan mlm yang tak berapa nak dingin ni aku masih duk beradap pc ni.......tp tak de idea nak taip pe. Sian blog ni sbb aku tak tau nak taip pe. Hp pun time ni la kalut duk bunyi sms, terbantut lak idea aku ni. Aku ni kalau menaip ayat suma sure terabur nyer nasib ler bahasa melayu aku ok..hehehehe. Sambil duk perah idea utk taip kat blog ni aku layan SINAR FM ler siaran radio kesukaan ku. Layan lagu2 lama lagi best dr lagu skrg wat serabut pala jer kalo dgr. Sambil duk dgr kerenah manusia2 romantis yg duk bg ucapan melalui sms dan panggilan. Rupanya ramai juga org2 yg romantis kat Malaysia nih.. Betuah ler kan sapa yg dapat......huhuhuhu. Citer psal lagu retro ni kan, Ptg td aku ade dgr lagu dendangan Aishah "Janji Manis Mu" best giler lagu tu. Terkenang lak zaman sekolah2 dulu...Oh...Dunia ini penuh kepalsuan oh mungkin kah tiada keiklasan....yer skrg kat dunia ni byk sgat yg plastik. Penuh kepura-puraan. Apa yg dicakap tak pernah seiring dengan hati..tak pernah ikhlas. Susah kita nak jumpa yg betul2 ikhlas pada zaman skrg nih...

Janji Manis Mu

Oh..... dunia ini Penuh kepalsuan
Oh..... mungkinkah tiada Keikhlasan
Apakah ini Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan
Aku bagai seorang Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan
Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi
Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu
Tuhan...........

PetaNg Yg Tragis.........


Petang td masa aku duk ukur jalan........ukur jalan tu bahasa aku ler meronda kawasan kg ler....he........he........he besa ler petang2 tak tau nak wat per ronda ler....leh gak tgk orang kg...tiba2 aku nampak ramai org berkumpul aku pun pegi ler menyebukkkk kat ctu.......rupanya2 sebuah lori aku tak tau sgat bepe tan..tp tak de le besar sgat jatuh dlm tali air.......huhuhu punya le kelakar, nasib baik driver tu sempat terjun. Bahaya gak kalau selisih kawasan kecik yg ada taliair so hati2..... Aku pun besa le ambik gambar ler kebetulan ade bawa kamera..aku jln selalu bwk kamera...susah gak nak angkat lori tu kene pakai kapal korek ...minyak penuh le dlm taliair tu..........

bosan

Bosan.....
hari ni memang membosankan...Bosan sbb skrg aku dah menjadi penganggur. Tak dinafikan memang sukar mendapat pekerjaan skrg. adeh...............tak tau nak wat pe ptg2 ni...beradap pc ni dr pg td, pc ni pun dah tak larat nak tgk aku..he...he...he. tp apakan daya aku hanya ada pc ni jer sebagai teman.malas nak p umah member. habis2 duk mengumpat wat tambah dosa aku jer..apa le lagi keje kalau geng2 pompuan berkumpul, baik aku lepak umah habiskan masa depan pc ni.........Cuaca skrg lak panas giler..mandi rasa mcm nak tido dlm bilik air jer..sejuk ckit..Hu..Hu..Hu kalau kuar panas2 ni mau terbakar kulit aku.. K ler nak kuar g tgk apa terjadi kat kg.......dlm bahasa lain ukur jalan ler huhuhu

~Mutiara Kata~


"Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ai bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti"


"Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya. oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman."


"Perdalamkanlah segala ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu."


Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya.

Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.