Kesunyian.....Kesepian


Tiba-tiba rasa ingin menulis tentang kesunyian malam ini. Aduh layan perasaan lah pulak....sunyi, sepi, keseorangan semuanya memberikan maksud yang lebih kurang sama. Semuanya hanyalah mainan perasaan yang membuat seseorang menjadi lemah. Bila rasa kesepian, mulalah satu persatu kenangan datang menjelma diruang fikiranku. Bila kesunyian menjelma mula lah rasa terpinggir dan tersisih. Sebagai insan biasa perasaan sunyi dan sepi ini memang tak dapat nak dipisahkan. Kadangkala kesepian dan kesunyian ini mengajar kita menjadi lebih tabah dan juga boleh membuatkan perasan kita menjadi lemah dan kacau hehehe ini semua bergantung kepada cara kita mengawal dan mengendalikan perasaan itu.

Bila sunyi bertandang ade rindu yang berputik. Bila diterpa sepi ada resah yang datang.Kadang-kadang kesepian dan kesunyian ini amat merimaskan aku. Di kala ku kesunyian akan ku pergi melihat matahari yg hampir jatuh tenang dan amat mendamaikan. Perasaan sunyi dan sepi ini benar-benar membuatkan hati ku terganggu. Entahlah, sukar untuk dimengertikan mengapa aku harus berasa sunyi dan sepi walau pun ade kawan atau teman anak2 disekeliling. Adess mungkin semuanya harus kembali kepada mulanya iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi mungkin juga kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi mungkin kerana tidak mendekatkan diri padaNya..Hanya blog ini sahaja yang sudi menemaniku dikala aku amat memerlukan seseorg utk meluahkan rasa hati


Melepaskanmu Kerana Terpaksa

Tak dapat ku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke pengujungnya

Tergamak engkau meninggalkan diriku
Disaat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai

Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan

Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan

Oh pilunya

Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan
Agar ku berlalu pergi
Untuk sidia pilihan hatimu

Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
ku doakan agar engkau bahagia

Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia

Tension


Tension.....
aduh tension betul ngan kerja-kerja kat tempat kerja. Rasanya mcm dah tak larat nak keje kat cni melayan kerenah pemilik-pemilik rumah disini atau lebih dikenali sebagai "owner". Ade je benda depa nak komplen ade yg baik ok lah, ade yg cerewat leh kasi pecah gua nyer kepala lah nak menjwb menepis suma komplen yg duk mai. Tak cukup dengan kerenah si owner2 kat cni ditambah pulak dengan kerenah budak2 kerja.Ingat jaga budak2 kecik ajer ssh ni nak jaga org tua lagi ssh.....lg payah nak paham bahasa.Alkisahnya aku dah TERtangkap budak2 keje melepak dan buat kerja yg bukan kerja depa besalah sure aku kene wat report. sekali ade lak yg mai jumpa dan sound aku ades..mmg panas ahh kene sound. Dia melepak bos marah, kita lak dia sound ni dah lebih kan....besa lah aku ni mmg tak suka bising2 lebih suka diam dr bergaduh...tp kepala sakit lah pulak. Ditambah pulak dengan tak de sapa nak kongsi kebengangan aku ni maka tesurat lah didlm blog ni. Kadang rasa sunyi tak de kwn, kadang2 rasa nak bersndiri......hehehe dah berat dah kes aku ni..ni mmg dah tension tahap gaban dah ni.