Karang Gigi


Diam tak diam dah 10 Ramadhan  hari ini. Dan ini bermakna dah 10 hari jugaklah semua umat Islam berpuasa termasuklah aku. Alhamdulillah walaupun cuaca yang panas setiap hari tp kita masih boleh menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.

Tadi aku telah pergi ke Klinik gigi kerana dah 2 hari menahan sakit gigi yang teramat sgat, nak berbuka puasa pun rasa tak berapa nak selera kerana tak bole nak menikmati keenakkan makanan kerana sakit gigi yang amat sgat. Sebab terlampau sakit seawal pagi aku telah berada di Klinik Kesihatan Gigi berhampiran dengan rumahku. Setelah selesai membuat pendaftaran dan pembayaran sebanyak Rm1 aku menunggu giliran. Memang tak der org pagi2 ni tp tgu doktor lah yang lambat aduh....biasalah doktor india dia nak sarapan dulu kan hehe..Tiba masa yang dinantikan no giliran aku dipanggil aduh ketaq abis... al maklumlah aku ni mmg fobia ckit ngan klinik gigi.

Si doktor ni pun wat lah pemeriksaan dr satu gigi ke satu gigi yang lain jeng....jeng...jeng gigi yang bermasalah dapat dikesan juga akhirnya. Tp yang menjadi "keGERAMan" aku doktor ni nak cabut gigi yang rosak yang lain dulu bukan ggi yang aku sakit. Dia tak kan cabut gigi yang sakit tu selagi aku tak cabut gigi yang rosak katanya tu prosuder dia ..akhirnya aku mengalah tercabut juga gigi aku yang rosak tp tak sakit tu sabar je lah kan... dah le kene cucuk ubat bius ggi yang sakit dah mmg sakit gigi yang rosak yang kene cabut pun sakit jugakkkkkkkkkkkkkkkkk geram sgat2 kat doktor ni.

Doktor bg temujanji jumaat ni utk dia settle kan masalah gigi aku yang bermasalah alah karang gigi ajer pun kan.....tp karang2 gigi ni buat aku sakit sgat2 tak per lah sabar tgu jumaat ni kan.. pape pun rini dapat MC so blk rumah dan tido.............


Apa itu karang gigi dan plak?

Karang gigi terbentuk daripada penghasilan makanan di mana penghasilan plak dan zat kapur yang berada di dalam air liur. Apabila plak yang di bentuk menjadi semakin mengeras maka saat inilah yang dipanggil karang gigi.

Plak yang diselaputi kuman biasanya terbentuk selama empat ke dua belas jam selepas seseorang itu memberus gigi. Dan kerana sebab itulah doktor sering menyarakan pesakit mengosok gighinya sehari dua kali bagi mengelakkan bakteria menempel di permukaan plak gigi.

Tahukah kawan-kawan plak gigi yang tidak diberus selama setu ke dua hari akan menyebabkan plak gigi akan mengalami masalah material organik seperti lemak, protein dan enzim serta metarial onorganik iaitu meneral terutama kalsium dan fosforus



aNdAi Ku BeRciNtA LaGi


ANDAI KU BERCINTA LAGI

Kini kau tiada
senafas pun ku perlu mencuba
kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan dimana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada penganti bisa hadir dan mempu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tiada berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam  gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati