Dikala Rindu Datang Bertamu.......


Sunyi..........
Aku sunyi dan mahukan seseorang sebagai teman bicara. Aku cari di mana-mana. Namun tiada berjumpa. Aku rindukan suaranya. Suara itu pernah singgah di telinga ku, tapi lama dahulu. Di manakah dia kini. Aku amat-amat merinduinya.
Ada ketikanya aku akan berasa sunyi seperti ini. Pada saat-saat sunyi dipetang hari, tiba-tiba nostalgia aku mengheret ke suatu suasana. Suasana itu seperti terdengar gelak ketawanya. Gurau sendanya terasa masih segar. Ah.....Dia yang pernah mencuri hatiku suatu ketika dulu. Dimanakah dia kini???? Dalam kerinduan yang tidak bertepi ini aku lemas dalam lautan rindu. Entah milik siapa. Entah untuk siapa. Aku keliru dan tidak tahu. Yang nyata aku amat merindui seseorang.
Ada ketikanya aku lemas dan tenggelam. Aku sayu. Perasaan aku bagaikan dilayat-layat rindu. Aku bukan tidak tahu aku telah berpunya sekarang. Dalam keadaan seperti ini merindukan entah siapa-siapa di luar sana tidak patut sama sekali. Aku amat tahu itu.
Yang nyata aku amat rindu..............
Tika ini aku dibuai arus khayalan yang melemahkan. Aku seolah-olah tidak bertenaga. Arus ini akan terus membuai perasaan aku dengan kenangan-kenangan silam. Ditambah dengan lagu2 nostalgia yang berkumandang di corong radio. Aku benar-benar lemas. Aku cuba menggagahkan diri dengan melakukan apa-apa kerja tapi hasilnya selalu tak menjadi.
Aku benar-benar gelisah dan keliru. Siapakah yang aku rindukan??Entah jawapannya tiada dihatiku. Aku cuba keluar dari kepompong yang menghimpit. Tujuan aku hanyalah untuk membebaskan dari penjara diri, agar dengan itu alam terasa luas kembali.
Tapi keluarnya aku dengan hati yang terpenjara, dipenjara oleh perasaan yang tidak pasti. Tidak pasti apakah aku patut senyum; patut ketawa atau terus bermuram. Apa yang aku tampilkan pasti ketara pada penglihatan orang disekelilingku. Orang dengan mudah dapat membaca segala-galanya....................

Antara Cinta & Persahabatan

Andai diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya, akan kupilih kedua-duanya sekali. Kerana bagiku ia sama penting dan bernilai dalam hidupku.
Cinta.........

Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya. Kerana disebalik keindahan lukisan cinta itu, tersirat seribu khayalan yang pastinya akan merentap ketenangan jiwa tatkala ikatan dilamar kekusutan. Namun, ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan. Hakikatnya rasa CINTA adalah suatu kurniaan Illahi yang lahirnya ia adalah untuk setiap insan yang berakal, berhati dan berperasaan.

Persahabatan.....

Suatu ikatan yang lahir dari keinginan untuk bersahabat, berkongsi tangis dan tawa, berkasih sayang serta bermuafakat. Sesungguhnya, sahabat adalah tempat berbicara tulus tentang impian dan pengertian hidup. Persahabatanyang suciadalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kujujuran, dihiasi dengan keihklasan dan diwarnai dengan pelangi ketulusan. Sekiranya terjadi gunting dalam lipatan ...makapincanglah keluhuran sebuah PERSAHABATAN.
Teman tersayang....mengertilah maksudku ini. Sesungguhnya apa yang tersurat itulah yang tersirat di hati ini sejak sekian lamanya kita bina tugu persahabatan ini. Hanya yang aku pinta darimu cuma sedikit perhatian dan gurau tawamu yang sejak akhir-akhir ini kian pudar dan hampir lenyap dimamah ketidakjujuranmu.

Tinggal Teman Tinggal Senyuman.........

Benarkah sayang Itu akan bertukar menjadi Benci????

Tiada niat di hatiku untuk membangkitkan kenangan silam antara kita tapi adakalanya aku sendiripun masih tidak mengerti. Mengapa tiap kali sepi datang bertamu aku sering digamit kenangan semalam...Aku sedar kaulah insan pertama yang mengajar aku tentang erti cinta, rindu, sayang dan kau jua yang mengajar aku tentang erti sepi dan pilu.....
Teman.....tidak terniat untuk memungkiri janji yang kita padukan bersama. Biar apapun anggapanmu terhadapku dan katalah apa jua yang kau suka. Aku terima walaupun terpaksa menelan kepahitannya segala kedukaan ini. Kau tidak tahu betapa seksanya perasaanku tika ini.

Cuma satu pintaku jangan membenci aku hanya kerana peristiwa itu. Aku doakan semoga kau bertemu dengan gadis yang kau impikan selama ini dan semoga doaku ini menjadi kenyataan.

Apa Erti Cinta Di Hatimu

Kusangka kehadiranmu bagaikan bulan purnama yang mengindahkan dada langit,menyinari malam dalam kegelapan. Namun ramalanku samar belaka dan kau tidak ubah seperti pelangi petang yang hanya mampu mengindahkan, tetapi tidak pula menyinari. Apakah erti cinta dihatimu???? Simpati ataupun ikhlas ?? Betapa mudahnya kau berubah mengikut arus waktu.

Baru kini ku sedar bahawa cintamu itu tiada nilainya. Janji-janjimu kini bagaikan kulat dan cendawan. Aku malu kerana mengagungkan cintamu selama ini.

Engkau berubah dengan sekelip mata. Satu demi satu suka dan duka kita bersama menerjah di ingatanku. Aku sedih dengan keputusan dan kata-kata mu. Tuhan saja yang tahu perasaan ku. Betapa jahilnya aku dalam menilai kejujuranmu. Aku redha dengan ketentuan ini. Inilah dugaan, cinta tidak semestinya bersatu. Aku sentiasa mendoakan kebahagian engkau disana..................

Terlanjur Cinta


TERLANJUR CINTA


Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan
Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan telah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan