Kesunyian.....Kesepian


Tiba-tiba rasa ingin menulis tentang kesunyian malam ini. Aduh layan perasaan lah pulak....sunyi, sepi, keseorangan semuanya memberikan maksud yang lebih kurang sama. Semuanya hanyalah mainan perasaan yang membuat seseorang menjadi lemah. Bila rasa kesepian, mulalah satu persatu kenangan datang menjelma diruang fikiranku. Bila kesunyian menjelma mula lah rasa terpinggir dan tersisih. Sebagai insan biasa perasaan sunyi dan sepi ini memang tak dapat nak dipisahkan. Kadangkala kesepian dan kesunyian ini mengajar kita menjadi lebih tabah dan juga boleh membuatkan perasan kita menjadi lemah dan kacau hehehe ini semua bergantung kepada cara kita mengawal dan mengendalikan perasaan itu.

Bila sunyi bertandang ade rindu yang berputik. Bila diterpa sepi ada resah yang datang.Kadang-kadang kesepian dan kesunyian ini amat merimaskan aku. Di kala ku kesunyian akan ku pergi melihat matahari yg hampir jatuh tenang dan amat mendamaikan. Perasaan sunyi dan sepi ini benar-benar membuatkan hati ku terganggu. Entahlah, sukar untuk dimengertikan mengapa aku harus berasa sunyi dan sepi walau pun ade kawan atau teman anak2 disekeliling. Adess mungkin semuanya harus kembali kepada mulanya iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi mungkin juga kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi mungkin kerana tidak mendekatkan diri padaNya..Hanya blog ini sahaja yang sudi menemaniku dikala aku amat memerlukan seseorg utk meluahkan rasa hati