Setia Hujung Nyawa


Novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Novel setebal 469 muka surat ini telah diadaptasi di dalam slot Akasia yang ditayangkan di TV3 pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 7 mlm.

Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama di dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis yang berusia 17 tahun menunggu SPM. Gadis yang naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Secara tidak sengaja Ersalina telah dilamar oleh Datin Adibah untuk menjadi menantunya dan isteri kepada Zain Hakimi bg mengantikan tempat Sofia yang telah melarikan diri disaat tarikh perkahwinan semakin hampir. Keayuan dan kelembutan Ersalina telah menambat hati Datin Adibah. Haliza (ibu Ersalina) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya mereka dikahwinkan dengan pengenalan kurang dari seminggu. Bermulalah episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri.....

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta. Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut apabila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh. Disnilah pergolakan bermula. Zain rasa dirinya ditipu tetapi memujuk hatinya agar menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga kedua2 belah pihak. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, membuatkan zain menerima Ersalina kembali sebagai isterinya....