Wanita Masih Mampu Tersenyum.............


Wanita itu tersenyum
Walau jiwanya tersiksa
Kerana peristiwa itu
Walaupun hatinya luka berdarah
Dan bernanah
Namun dia redha akan ketetapan ilahi
Kerana manusia hanya mampu merancang
Sedangkan Allah penentu segalanya
Wanita itu masih lagi tersenyum
Biarpun luka dihatinya masih berdarah
Ingin diri ini membalut luka dihatinya
Namun masihkah ada ruang dihatinya
Kerana ku tahu
Amat sukar baginya untuk melupakan peristiwa itu
Aku hanya mampu berharap
Akan ada ruang untukku dihatinya
Walau hanya sekelumit
Walau hanya sebesar zarah
Kerana telah aku jadikan dirinya
Pemilik singgahsana
Didalam hati ini